Kerambit Latihan ( Plastik )
Sepasang kerambit latihan dari bahan plastik. Kerambit ini tidak tajam dan tidak berbahaya. Sesuai untuk digunakan dalam latihan silat. Harga sepasang ialah RM60 termasuk pos.
Sepasang kerambit latihan dari bahan plastik. Kerambit ini tidak tajam dan tidak berbahaya. Sesuai untuk digunakan dalam latihan silat. Harga sepasang ialah RM60 termasuk pos.
SEJURUS ataupun singkatan dari Sesi Jurulatih Ulangkaji Silibus yang ketiga dalam Disember 2020 berlansung dengan jayanya pada 28/12/2020. SEJURUS 3 ini memusatkan latihan dan perbincangan sekitar pelajaran Kunci Mati 21 yang telah diperturunkan oleh Ayahanda Cikgu Amin Hamzah pada tahun 2009. Kira-kira 11 tahun yang lalu. Tujuan SEJURUS adalah semata-mata mengulangkaji pelajaran yang pernah disampaikan …
Alhamdulillah, SWEET 20 untuk slot ke 4 & 5 telah berlansung dengan jayanya. SWEET 20 adalah satu inisiatif Majlis Gurulatih Negeri ( MGN ) bertujuan memperkasakan keilmuan dalam pengurusan kejurulatihan. Berlansung secara dalam talian, kursus ini telah berlansung hampir 9 bulan bermula dari tempoh PKPB diperkenalkan. Slot gabungan ini dipermudahcara oleh Cikgu Redzuan selaku moderator. …
Sesi ziarah pada 13 Disember 2020 yang diwakili oleh barisan Majlis Gurulatih Negeri ( Perak ), Cikgu Fuad & Cikgu Reza dan en Naim telah berlansung selama hampir 6 jam. Dalam sesi ziarah kali ini, Ayahanda Guru memberi titipan nasihat dan ilmu terutamanya berkenaan permainan senjata Keris ( Tapak 21 Keris ) Beliau menzahirkan keinginan …
Sambungan : Seni Keris – Seni Disebalik Gaya Memegang Keris Cara mengeluarkan keris pendekar Melayu pula mempunyai sedikit perbezaan dengan cara gaya penjurit (pesilat) Jawa. Menurut O’ong Maryono (penulis Indonesia), selepas keris dikeluarkan senjata itu dibawa ke hadapan dan dikucup. Penjurit (pesilat) Jawa pula akan membawa mesej melalui pergerakan tadi iaitu “Ia milikku dan hakku”. …
Jika keris menjadi senjata pendekar Melayu, pastinya dipenuhi “isi permainan” dan penuh berahsia. Dalam dunia persilatan, seseorang yang tahu berseni akan tahu “bisa keris” di tangannya. Orang-orang dahulu (para pesilat lama) menyimpan keris kerana mereka tahu isi keris dan tidak menjualnya. Setiap keris lama ada cerita, rahsia dan adat tersendiri yang bukannya dibuat sesuka hati. …
Latihan pemantapan ilmu Silat Seni Gayong. Mantapkan yang asas. Semoga kita semua sentiasa istiqomah. Zattt! Tanah melayu tanah pusaka, Megah berdiri di singgahsana, Adat dijunjung nama dijaga, Tidak melayu hilang di dunia. Tegap tiang di singgahsana, Tegap berdiri di laman cindai, Budaya melayu tegap di dunia Tiada gentar menempuh badai
Alhamdulillah syukur SWEET 20, SLOT 1 iaitu kaedah buka gelanggang anjuran PSGSM MGN Perak telah berlangsung dengan jayanya. Kita nantikan slot yang seterusnya. Zattt!
Berkat sokongan dan dokongan semua, SWEET20 ( Silat With Electronic Tech 2020 ) Back To Basic Slot 3: Kendalian Gelanggang telah berjaya dilaksanakan. Nantikan Slot 4: Ujian Bengkong yang bakal bersiaran dalam tempoh waktu yang akan ditetapkan. In Shaa Allah…
Mesyuarat AJK Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Cawangan Negeri Perak berjalan dalam bentuk Norma baharu secara dalam talian. Penyusunan pentadbiran, pengurusan dan aktiviti sepanjang 2020 Dan takwim 2021. Semua Jawatankuasa memberi sepenuh komitmen bagi memacu lebih deras lagi. Terima kasih semua AJK PSGSM PERAK.