Teman cukup berminat dengan kerawang angka 3. Cantik, comel dan halus seninya. Dengan kerawang ni, ia menjadi identiti kepada sesuatu bilah keris. Seperti kerawang luar dan kerawang dalam..Cuma teman masih tak faham apa alasan munasabah kenapa lekukan bentuknya begitu? Kenapa berbentuk angka 3?.

Ini sebahagian hasil Google sahaja. Sebab dalam buku-buku yang teman ada, tak jumpa pun penafsiran angka 3 tersebut..

Teori 1 : Angka 3 tersebut adalah simbol kepada “dha”. Satu simbol kepada no 8 yang digunakan dalam sistem angka Jawa Lama . Sistem pengiraan tahun dalam Candra Sengkala. Di mana pada zaman tersebut, angka2 pengiraan tahun dinyatakan dalam ayat-ayat tertentu. Di sini angka 3 tersebut dikatakan angka 8 yang sinonim dengan GAJAH & NAGA. Bahkan boleh jadi susunan ukiran kerawang tadi adalah interpretasi empu untuk mennujukkan tarikh tertentu ..

Teori 2 : Keris sebagai alat sembahyang bagi anutan hindu lama. Angka 3 tadi adalah simbol kepada OM. Dikatakan setiap ricikan yang ada bilah keris jawa adalah mantera atau doa-doa . Seperti elemen ukiran pada hulu keris Tajong ( ni teman memandai je ..hahaha ) , pada bilah juga terdapat elemen-elemen keagamaan yang dizahirkan melalui ricikan ( ciri2 ) pada bilah. Nak explain detail, tak tahu. Cuma sekali lalu baca sahaja..

KONKLUSI :
setelah mencari ( walaupun sumber Google ), teman dah malas nak gali lebih. Hahaha… Cukup saja memahami bahawa setiap ricikan pada bilah keris terdahulu sebenarnya mempunyai mesej tertentu. Kalau takde makna, takkan jadi secantik yang dapat kita lihat hari ini. Sekian.
